Apabila kita bercerita mengenai hati dan perasaan, pastinya terdapat banyak yang boleh diperkatakan mengenai topik ini. sesungguhnya hati dan perasaan ini wujud di setiap diri manusia di muka bumi ini. Tuhan telah menganugerahkan sebaik-baik ciptaan yang perlu kita hargai dan manfaatkannya untuk kebaikan diri kita ini. mustahil jika saya katakan di sini adanya insan yang tiada hati dan perasaan. semua manusia yang diciptakan di atas muka bumi ini pastinya mempunyai hati dan perasaan. cuma yang membezakannya hanya bagaimana hati dan perasaan individu itu sendiri.Hati dan Perasaan sebenarnya berhubung kait antara satu sama lain untuk mewujudkan satu jalinan ataupun ikatan yang kukuh dalam diri setiap manusia.
Hati dan Perasaan bergerak seiringan untuk diterjemahkan oleh individu itu sendiri dan bagaimana cara individu itu ingin menterjemahkannya.cara terjemahan adalah berlainan dan hanya individu itu sendiri yang mampu memahami dan mentafsir apa yang tersirat dan terselindung disebalik luahan terjemahannya. Pelbagai cara yang boleh diperkatakan bagi menterjemahkan maksud hati dan perasaan, antaranya Sedih, Marah, Geram,Gembira, Takut,Benci dan sebagainya. Sesungguhnya manusia yang diciptaNya pasti akan menggalami dan merasai perasaan seumpama ini bagi membuktikan individu itu adalah manusia biasa yang dicipta sebaik-baik kejadian.Luahan rasa ini perlu dikawal dan difahami untuk mewujudkan satu keadaan yang tenang bagi indivitu itu sendiri melayari bahtera kehidupan di muka bumi ini.
Kekadang kita akan berperasaan sedih,kekadang gembira dan kekadang marah serta apa jua perasaan lain akan turut melanda diri ini. Namun kita harus bijak untuk mengawalnya segala macam perassan yang lahir itu kerana ianya boleh diibaratkan seperti pasang surut air yang mengalir di muara mahupun di mana-mana jua.
oit..jenjiwang pepagi neh..kad!! kad!! kad mane!!!
ReplyDeletehehehehe...esok lusa smpai la kad tu..
ReplyDelete