Tuesday, December 13, 2011

Suara Hati.....

Suara hati.....

Gemersik suara hati ini,
Berlagu tenang mendayu,
Bait-bait kata yang terlafaz,
Lahirnya dari sekeping hati,
Yang tulus nan ikhlas,

Suara hati ini,
Kadang kala sukar diduga,
Namun gerakan tari naluri,
Tiada mungkin dusta,
Kala ianya terukir,

Suara hati,
Sering dibelenggu pelbagai soalan,
Hanya hati yang tulus  ikhlas,
Bias merubah segalanya,
Walau sukar dimengerti,
Pada hati yang dusta,


Suara hati berbicara,
Cinta yang ku gapai kini,
Adalah cinta yang luhur,
Abadi selamanya,
Dalam taman hakiki,

Kini ku yakini diri,
Cintaku hanya untukmu,
Sayangku hanya padamu,
Nyawaku hanya bersamamu,
Bahagiaku hanya disisimu,
Selamanya hakiki,
Sayangku…….

Inilah suara hatiku,
Inilah cinta sejatiku,
Mekar mewangi di hati ini.

CINTA SEJATI...

Cinta sejati

Cinta yang tercipta,
Bukanlah satu kemahuan fikiran,
Kerna ianya hadir untuk setiap insan,
Dengan penuh keindahan,
Jika ianya benar-benar cinta,

Cipta yang tercipta,
Bias merubah segalanya,
Suka duka silih berganti,
Dugaan hubungan harus dihadapi,
Jika mendambakan cinta sejati,

Dua insan yang bercinta,
Tiada mengenal apa itu halangan,
Cahaya yang terpancar,
Adalah azimat,
Yang bias meleraikan prasangka,
Pada jalinan asmara,


Inilah anugerah yang dikurniakan,
Pada insane yang bercinta,
Umpama beradu di kamar syurga,
Penuh kenikmatan yang tiada gantinya,
Dihiasi jutaan bintang-bintang kasih,
Sambil dihibur akan alunan berirama,
Sang rembulan yang syahdu tersenyum,

Cinta sejati,
Adalah restu sekian alam,
Tiada siapa yang bias,
Meleraikan ikatan suci ini,
Hanyalah yang satu,
Penentu segalanya.

Wednesday, May 4, 2011

Saat Bersamamu- Khas buat yg tersayang.....


Saat Bersamamu…
Disaat hati ini sepi sendirian,
Dikau hadir menyapa kalbu,
Mengisi kekosongan hati ini,
Yang suram tiada ertinya,
Dengan cahaya tulus nan suci,

Saat-saat bersamamu,
Terbuai daku dalam mimpi,
Mimpi yang indah bermakna,
Dihiasi deraian kelopak mawar,
Yang harum bertaburan,
Tanpa helaian kelayuan,

Kini……
Saat yang ku damba,
Bersamamu disisi,
Kian nyata memancar,
Girang hati ini berlagu,
Melenyapkan kenangan semalam,
Yang telah ku lontar jauh,
Dari sudut hati ini,

Saat bahagia yang diimpi,
Telah ku genggam bersama,
Hakikat cinta bersamamu,
Janji terpatri kukuh di hati,
Hanya nyawa pemisah ikatan,
Walau jutaan halangan hadir menjelma..

Tuesday, May 3, 2011

Kawan.....


Kawan….

Telah diciptakan oleh Dia,
Menemani takkala suka mahupun duka,
Berkongsi ceritera kehidupan,
Meluah rasa kehampaan,
Mendampingi sewaktu kesukaran,
Memimpin seandainya kepincangan.

Terkadang dihadapan cukup indah,
Namun hakikat di belakangnya samar bayangan,
Menjadi duri dalam lipatan,
Menjadi gunting  tersembunyi dalam sekam,
Hanya mengaburi silauan yang memancar.

Bagai berakit di lautan bara,
Umpama berperang tanpa senjata,
Itulah yang bisa diibaratkan,
Mencari insan bergelar kawan,
Mencari teman yang setia bersama.


Kawan sejati,
Satu dalam seribu diibaratkan,
Seribu dengan mudah digapai,
Namun yang satu itu entah mengapa,
Teramat sukar untuk dikecapi.

Biar satu itu mendampingi,
Biarlah seribu itu menjauhi,
Bukan niat menghindar yang seribu,
Tapi untuk bersatu dengan yang satu,
Kerna yang seribu itu belum tentu bersinar,
Dan……..
Yang satu itu tidak semestinya kelam.

Ombak Rindu.....


Ombak Rindu……

Takala malam bertandang kembali,
Rembulan terukir senyuman,
Menyaksikan alunan nan sumbang,
Dendangan sang pungguk yang kegelapan,
Teramat nyaring berdesing berirama pilu,

Tiada alunan irama sang pawana yang asyik menari,
Tiada bisikan siulan girang sang unggas rimba,
Tiada kerdipan bintang yang anggun bersinar,
Hanya yang menemani di sisi,
Sekadar hembusan asmara,
yang dingin membaluti tubuh ini.

Aku asyik terbayang akan ukiran senyummu,
Asyik aku terkenang akan lembut wajahmu,
Hingga malam ku kini,
Resah berteman hati rindu,
Hanyut dibawa ombak rindu,
Yang bertandang di halaman kamar hati ini.

Esok tetap akan muncul kembali,
Namun….
Adakah ombak itu akan terus melanda,
Adakah badai akan tetap bersuara,
Tanpa menghanyutkan kerinduan yang ada.

Friday, April 15, 2011

Pasangan yg bersesuaian....


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Seorang sahabat saya kemudiannya memberi komentar mengenai ayat ini, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.

Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedang diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.

Ketiga, perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.

Keempat kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT maha tahu. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau nama lainnya perasan!

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa.

1Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.