Friday, April 15, 2011

Pasangan yg bersesuaian....


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Seorang sahabat saya kemudiannya memberi komentar mengenai ayat ini, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.

Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedang diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.

Ketiga, perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.

Keempat kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT maha tahu. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau nama lainnya perasan!

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa.

1Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.

Wednesday, April 13, 2011

Doa Isteri Kunci Kejayaan Suami..


Oleh Noriah Idris
DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.
Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.
“Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.
“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.
Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.
“Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.
“Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.
Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.
“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.
“Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.
Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.
Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.
“Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.
“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.
“Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.
Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.
Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.
“Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.
“Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.

Khas Buat Lelaki yang bergelar SUAMI.......


Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”   Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika k...au membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.   Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.   Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?   Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”   Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..   TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..   SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .   PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..   Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..   Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..   Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .   Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..   Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..   TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.   Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…   Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…   Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk   begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.